Tuesday, March 27, 2012

Ulasan dari Panggung: SeeFood



Selamat pulang ke Malaysia Abang Reza!

Semoga sekembalinya anda ke tanah air akan terus memeriahkan industri hiburan dan insurans.

Mesti banyak pengalaman hebat semasa melawat negara orang bukan? Menghidupkan pengalaman berada di tempat-tempat yang cukup terkenal (Abbey Road, Loch Ness) mesti membuka lagi mata anda tentang luasnya dunia.

Apapun, hari ini saya ingin mengulas pendek filem animasi produksi tempatan, SeeFood. Sedang rancak ditayangkan lagi di pawagam-pawagam jadi siapa yang belum menonton, digalakkan bawa anak-anak kecil anda sekali.

SeeFood, seperti pengalaman saudara Reza kita baru-baru ini, adalah cerita tentang berkenalan dengan dunia yang di luar jangkaan kita.

Watak utama, Pup, di dalam misi untuk menyelamatkan telur-telur kelahirannya telah mula kenal akan kebolehan dan anugerah semulajadi yang ada pada dirinya. Tetapi, seperti yang dijangka, anugerah-anugerah tersebut tidak semestinya membolehkan beliau lepas dari masalah yang boleh timbul di dunia asing.

Di sinilah datang Julius, seekor jerung biru yang lemah-lembut seperti Abang Reza cuba menyelamatkan Pup dengan memandu mesin! Ya, akhirnya saya nampak satu bukti yang para karyawan kita ada juga yang punya imaginasi tinggi dan tidak hanya bergantung kepada unsur-unsur bodoh seperti beberapa filem yang saya ulas sebelum ini.

Animasi Seefood memang baik. Boleh dikatakan sangat baik walaupun ia jelas adalah (ciri animasi itu sendiri) pertembungan di antara Finding Nemo dan Chicken Run. Namun ceritanya adalah lain, dengan pelbagai drama, subplot-subplot kecil yang boleh diperbaiki, pembangunan cerita dan watak yang sederhana. Tampak ada potensi dan perlu lebih kerja keras dalam bab suntingan dan kesinambungan untuk capai taraf Disney, Pixar atau Dreamworks.

Selain itu, memandangkan cerita ini lebih dikhususkan untuk anak-anak, mungkin beberapa babak gelap, suram dan seram dalam filem ini boleh dicahayakan lagi. Seperti filem Geng beberapa tahun lepas dengan adegan 'ganas' yang walaupun tidak keterlaluan, tetapi mungkin kita boleh kurangkan tonanya pada masa akan datang. Sesuai untuk anak-anak yang baru nak mengenal dunia.

Secara rumusan, filem yang bolehlah, animasi yang cantik, bunyi yang menarik. 5/10.

2 Comments:

reza said...

5 jer?
hang biaq betul
aku dengor hot gak...
at least a 6 :D

Henzy said...

Aku letak 6 tadi, tapi ada sentimen anak di situ.

I think 5 was fair. :-p