Friday, March 16, 2012

Ulasan dari Rumah: Adnan Sempit 2



Saya rasa MIG adalah antara organisasi yg banyak menerbitkan filem-filem melayu dalam tahun ini. Sudah beberapa filem mereka yang saya tonton, termasuk yg saya ulas sebelum ini.

Yang terbaru adalah Adnan Sempit 2. Dikatakan kesinambungan kepada filem terdahulu, tetapi bersama pengarah yang lain, kali ini ia seperti tidak punya hala tuju.

Objektif filem ini dari awal mudah difahami. Adnan (yang kononnya seorang rempit) perlu jadi orang korporat jika ingin kahwin dengan Nadia. Agak lazim kita lihat dalam drama-drama Melayu.

Maka, sudah tentulah tiada yang baru kita lihat dalam filem ini. Tiada langsung. Malah saya cuba lihat dengan teliti mana tahu kalau ada kelainan tapi malangnya ia memenatkan.

Adegan-adegan yang dikatakan lawak dibuat separuh jalan. Apa motif mereka kejar-mengejar naik pasar borong sampai ke pagi? Tiru Stephen Chow's Kung Fu-kah? Apa motif tiba-tiba watak yang dibawa Angah (Raja Lawak) ada kekasih? Malah, watak kekasih Angah dibawakan dengan simbol yang meloyakan lagi merendahkan kaum wanita (ya, gambar di atas).

MIG nampaknya tak pernah gagal dalam mempergunakan wanita ke tahap yang memalukan. Lihat sahaja dalam Hantu Dalam Botol Kicap ataupun Alamak Toyol. Bagaikan satu corak.

Penyelesaian filem ini juga dibuat seperti tergesa-gesa (hampir seperti filem yang terdahulu). Tidak meninggalkan kesan kepada saya malah seperti abangnya, ia dibuat di dalam tempat yang hampir sama (ruang mesyuarat).

3/10.


0 Comments: