Tuesday, April 24, 2012

Ulasan dari Rumah: Jidin Sengal

Saya tidak pasti kenapa saya selalu ada perasaan 'ingin tahu' bila ada pilihan untuk menonton filem-filem seperti ini.

Dengan tajuknya yang sudah pasti akan dijauhi oleh kebanyakkan peminat-peminat filem (yang bijak), saya tetap ingin beri peluang untuknya (untuk ditonton, walaupun hanya melalui DVD).

Tapi, seperti yang telah saya duga, ia mengecewakan. Amat mengecewakan.

Mempunyai permulaan yang baik dengan kerja kamera dan pengenalan watak, filem ini merudum sebaik sahaja Jidin mula kenal dengan watak yang dibawa oleh Jue Aziz.

Filem ini agak bercelaru dalam menyampaikan hala tuju sebenar Jidin. Adakah dia sebenarnya mencari kekasih waktu kecilnya Piah atau memang ingin menjadi seorang pelakon? Apapun, pencarian Jidin nampak hambar dan kerjaya filemnya juga tampak bodoh dan kadangkala seperti menunjukkan sisi dangkal para pembuat filem sedang saya rasa tak semuanya bersikap sebegitu.

Kesimpulan, satu lagi persembahan lemah dari Angah dan Along (walaupun sebenarnya dalam babak berlakon filem, Along nampak meyakinkan) selain lakonan melebih-lebih dari Zac dan pengakhiran yang bercelaru dan melebih-lebih.

2/10.

3 Comments:

reza said...

hang tgk cerita ni cyber?
y la y!

Henzy said...

Apa sahaja DVD yg boleh dipinjam!

Nak pinjam kau, susah nak jumpa :-(

Abang, kita perlu lebih volume.

reza said...

astro movies kan ada...haih
so what if its a year old movie?