Friday, January 29, 2010

2009 : Pilihan daku top 12 (Browny Bear)

Siber can't make it 10 ah...susah, nih pon banyak edit nih...hate! Oleh kerana FB access di office block tiba2..tiba2 nih..cause kitorang sebenarnyer curi2 dengan menggunakan outside source...technology got the best of me again..sigh..anyhoot mah top 12 of 2009 :

12. Faredah the 13th

Cause it didnt take itself seriously cam Halloween Rob Zombie yg MENCUBA SANGAT! (aku refer to part 2, part 1 ok-jer)...dan juga aku cam dah lama nak rasa feel tengok Jason/Michael di pawagam, I was stoked yo masa tgk cerita nih kat pawagam..excited sampaI nak terkencing2. A young kids dream came true finally..storywise typical..but that is what I've anticipated and wanted..new Jason pon seems cooler.Loving it.
I love everything you love, but, boleh ker pass I DVDRipnyer? Heeeee~
Can2..tapi aku simpan ia kat office nih...bila kor nak bitau..aku copy

11. Trick r Treat

Overated di mana2 list..ia bagus but aint all that..so aku saja letak #11 cam boo ur not top 10 material..BUT..it is actually a good flick...enjoyable..trick r treat nih anthology 5 cerita dlm nyer..I rate it as follows; hot enuff-heh-hot enuff-oohhh T&A dan snore. Apa2 hantu Jack tuh cool aku suka ia..rasa nak beli action figure kemudian tag siber kat fb.

10. Zombieland

Cerita big budget yg berjaya dan mungkin jadi cult movie..wow, who would have thought.Great cast-great set of rules-nice feel-very well made. Production value yg yum. Tapi with all the zombie running here and there fav part aku adalah adengan Bill Murray and I normally hated that guy, that says a lot.
I tak sabar nak tgk yang ni. Nanti I review k?
Boleh jer aku tak review yg nih..anda leh teruskan..eh ko tgk gambar nih cam Izar kejor hang lak kan?

9. Doghouse

A man flick to make me feel manly. Storynyer kisah a group of buds nih gi countryside nak console sorang mamat nih baru break..tapi tempat miker pi penuh ngan zombie aweks yg bermacam2 jenis. Kenapa aku suka cerita nih? cause ia bagaikan stoner flick with zombie...its a buddy movie. And zombie2nyer juga awesome dan varies.

8. Tormented

Cerita nih , cerita nih...ala kor tgk cover dia pon leh fhm kot...sesungguhnyer for the Skins Generation..aku bkn dari generation tuh..aku dah tua...tapi aku masih layan teen movie, kerana bab astrology aku yg di fwd oleh jaa nih tulis "even if ur 90 ur heart is young". Anyway cerita nih fun..seronok gila..ada satu scene tuh hantu tuh pakai goggle nak gi berenang bunuh sorang awek nih..FUNNY! Kisah nyer senang ;a group of teens kena kill off one by one oleh budak gemuk nih yg bunuh diri kerana tak tahan kena bully oleh geng2 "in" nih. dah abih.
Budak gemuk bunuh diri? Mcm kenal jerrrrrrrr~!

7. Saw VI

Saws Back!..flick nih bagi a glimmer of hope yg Saw is still cool..after 2nd aku agak hampa ngan Saw. 3 was ok 4 n 5 aku lost memory terus. Dan mengaitkan plot nih kisah healthcare is simply cool. Tak lupa juga carousel trap/game tuh bestttttt..loving it..juga part sekor2 cuba debate y they should be saved.(tapi sebenarnyer leh agak sapa survive)

6. Watchmen

Refer sibernyer top 10 dibawah...betul..cerita nih ramai gilaaaaaa tak layan..malah ada kuar pawagam..ramai kuar pawagam..aku tgk ngan kor kan slut(siber) cerita nih? This is a great flick yeah..it's different tuh yg aku suka..dan full circle ending dia sangat wow..didn't see that coming..eh rasa nak beli dvd ia lah. ok mesra
Ya, kau tgk dengan aku. Dan memang aku suka dan tak faham kenapa tak ramai lagi yang suka. Ceritanya mudah sebenarnya tapi entahlah, mungkin sbb adegan ranjang di atas kapal dipotong kot?
Tapi ada lagu hallelujah

5. I Love U Man

Watching this flick is like watching my own life..tapi aku xdalah se-akward mamat nih..seriously..joban? lawak gila! Dan nih cerita kena dengar apa yg diperkatakan tuk faham lawaknyer cause aku bawak office..mereka2 sini semua tak layan..demn..if only they would hear properly the LOL lines..it might have been an entirely different xperience..tapi then again..people prefer actions kot..xpa to each their own. Oh dan Paul Rudd is the MAN!..kasi oscar cepat!
I LOVE YOU TOO, MAN!

4. 4th Kind

Semua suka Paranormal..well I like this one better..far better..Paranormal was ok..bila part2 seram tuh,but overall WTF am I watching? It's Blair Witch all over again. Tapi 4th kind aku suka kerana style dia dan sesungguhnyer aku cuak tgk cerita nih..document2 "real" miker sangat sangat apakah..yg mungkin boleh wat aku tak tido mlm if aku tgk cerita nih sorang2 kat umah. Visually juga cantik..very bleak cool feeling to it. Dan flip flop ke adengan "real" and reimagine tuh pon bagi aku well made..and Milla..beautiful as always..love ya xoxo.

3. Drag Me to Hell

Refer siber lah kot..there's nothing more I can say..cerita nih scary-funny-gory-yucky...and I LIKE!..dah the end. Adengan awal dia juga agak haunting.
I suka adegan dalam kubur. Basah. I mean, Rakus. I mean, ganas.


2. Orphan

Daddddieeeeeeeeeeeeeeey! Thats the line for me in 2009. Orphan is a simple flick...really simple but very well made. Ia agak intense dan mempunyai ending yg jaw dropping...bagi aku lah..cause aku nganga sampai balik rumah. Dan lakonan sesungguhnyer mantap dari budak yg bakon jadi Esther DAN budak bisu bernama Max itu. Good flick...a really really really good flick. And I bought the poster...wooooo!

1. Star Trek

Ahahahahaha! eh kan. Semua Thriller-Horror-whatever tiba2 Star Trek...but I cannot lie..I'm really impress by this one. Bila Jurina ajak gi tgk wayang cerita nih aku sesungguhnyer lala-kan jer..tapi lepas kuar..wow sorang2 in disbelief..cerita nyer hotttttt! Casting and plotline did it for me here. Aku impress ngan jln ceritanyer..camner miker revamp cerita nih..it was unexpected..really2 good. Dan casting..Pine aku tak kenal..aku ingatkan pretty boy mana entah..but he did well. En Quinto juga...aku terus admire Spock lepas cerita nih. Uhura pot...hootttttt..nasib xda afro..kalau takkkkkk. Oh aksi2 cerita nih pon cool...eh senang semuanyer cool lah..dan this marks the first year in Myfanny..fav movie bukan horror related..wow kan? The end
Memang J.J Abrahams yg buat. Dan aku terkejut kamu tidak tahu? Erm, tapi aku memang selalu menanti filem2 yg ada kaitan dgn J.J. Termasuk Lost.
Sebenarnyer I was being sarcastic kepada org yg comment sebelum tuh

Honorable mention :Last House on the Left,Sorority Row,Disctrict 9, Pandorum, 500 days of Summer, Hangover, UP! dan My Bloody Arse. Oh lupa add Avatar.Yes Avatar is good too.

Wednesday, January 27, 2010

2009: 10 Pilihan Aku (Vanilla Bear)

Browny! Mana kau? Terima kasih sebab benarkan aku mengacau apa yang kau tulis juga.

Lepas tu, sila tambah tulisan dalam blog ini dengan 10 pilihan kau. Lepas tu, mari berpegangan tangan.
cam sial pegang tangan

10. Ice Age 3



Aku sukakan animasi yang membuatkan aku ketawa. Jadi ini boleh masuk senarai.

9. Monsters VS Aliens



Sebenarnya Reese Witherspoon mempunyai suara yang amat unik dan comel, sesuai dengan wajahnya. Tapi tanpa wajah pun aku sudah dapat meneliti setiap gerak-geri kecomelan beliau di dalam watak gergasi yang besar dikelilingi makhluk-makhluk yang pelik.

Ada persamaam dengan sesiapa tak? Comel dikelilingin manusia pelik. Brown Bear? Ada?
Yg makhluk biru tuh ada hint of dela dan izar combine..

8. Avatar



Aku tak boleh kata aku tidak suka yang ini. Memang lukisan dunia ciptaan James Cameron ini amat indah. Tapi aku macam pernah tengoklah sebelum ini. Memang ceritanya punyai kekuatan, kesinambungan dan pembinaan watak yang baik. Tapi macam aku dah dapat agak apa yang akan berlaku selepas ini dan selepas itu. Watak-watak birunya terus mengingatkan aku kepada siri animasi 'Smurf' walaupun kali ini lebih dewasa dan seksi.
tapi sapa dapat teka rodriguez bites it..demn!actually dapat but yyyyyyy

Apapun, abang Cameron kita sudah bertambah kaya. Beliau bakal ada dua filem yang mencecah kutipan 1 billion. Tetapi, memang peranan harga tiket pawagam Imax tidak patut dipertikaikan.

7. Terminator Salvation



Christian Bale tidak sepatutnya berlakon di dalam ini. Aku teringat Batman setiap kali dia cuba melompat. Walaupun banyak adegan yang tidak perlu dan boleh dipertikaikan seperti Mototerminator tetapi semuanya aku boleh tolak memandangkan aku terhibur dengan aksi peperangannya setiap kali selain lakonan abang Sam yang amat comel.
betul mototerminator entah apa2...jurina terbeliak mata bila kuar menatang tuh

6. Watchmen



Amat panjang. Amat mendalam. Tidak sesuai untuk orang yang sedikit malas berseronok dengan skrip yang penuh propaganda. Apapun, masa yang filem ini makan menyebabkan aku punya perasaan yang berbeza-beza dengan pengakhiran yang dibawanya. Menyebabkan aku hilang rasa untuk bersimpati dengan watak-watak yang teraniaya tetapi kagum dengan kesungguhan cerita ini dan Zack Snyder untuk setia kepada karya asal novel grafiknya.
aku rasa u and me both jer kot suka cerita nih betul2..its different from the average comic u read and love...seriously different

5. Drag Me to Hell



Sangat menyeronokkan! Sam Raimi amat pandai menyusun cerita. Pandai menampilkan kejutan. Pandai mengambil hati saya! Pandai menggali tanah. Pandai membuatkan saya menyukai adegan muntah-muntah. Pandai bermain dengan gigi palsu! Pandai merosakkan rel keretapi. Brown Bear comel.
ngok

4. I Love You, Man



Bagi aku, ini satu karya yang amat jujur. Mengingatkan aku kepada Brown Bear. Jujur yang amat kerana sebenarnya, bukan mudah ingin jumpa kawan yang amat memahami diri kita dan nasib kita. Cerita ini adalah pengajaran yang baik dan sangat komedi. Aku masih rindukan Brown Bear tika menaip ini.
YEAHHHHHH! a fav of mine gak last year...aku leh relate ngan cerita nih..
3. District 9



Aku hanya tengok trailer filem ini sekali dan terus berjanji untuk menontonnya di pawagam. Mengapa? Apakah daya tarikannya? Entah.

Aku tak pasti mengapa tapi aku suka idea makhluk asing yang mengalami kesukaran dan kepayahan hidup bila terhempas di suatu planet atau kawasan yang asing. Aku teringin melihat dan menatap bagaimana manusia atau pengarah filem tersebut cuba membawa wajah derita dan kesengsaraan yang para makhluk asing itu hadapi.

Terima kasih Neil Blomkamp untuk sesuatu yang tidak dibuat-buat, tidak ditambah-tambah. Susunan cerita yang baik. Lakonan yang, boleh aku katakan terlalu asyik. Efek khas yang segar. Filem ini sebenarnya amat menyeronokkan dan tidak mungkin meninggalkan akal kita kosong selepas kita menontonnya.

2. Star Trek



Menyeronokkan!

Aku bukan penggemar filem atau mana-mana siri Star Trek yang terdahulu, tapi bila menonton yang ini, WOW, cantik! Ah, memang sukar digambarkan bila gambar-gambar bergerak seperti ini diberi nafas dan tangkapan sudut yang mengujakan. Ada debaran dalam setiap babak. Ada aksi dan kekalutan dalam setiap rangkap kata yang diucapkan.

Aku tahu Brown Bear suka yang ini. Walaupun dia kecewa Saldana tidak biru.
hmmm saldana...but she's no Thandie..Thandie nyer body tetap hottest

1. UP



Kelakar. Comel. Dan penuh drama.

Dan animasi.

Brown Bear! Giliran kamu!
weekend..kat office keje siang takleh tulis2 karang HR marah dan spank me.

Tuesday, January 26, 2010

And another uninspiring post



Though uninspired ok pe gambo nih kan..hebat org2 behind chart nih take time nak wat the details..tapi haha bagi 2010, BTTF 2 (bak kata Razli)kerana tak nampak pon a glimmer of hope bahawasanyer ada nyer space traveling or flying cars..heh..tapi apa2 my fav futuristic world to be in gotta be The Fifth Element..tapi mak aih jauhnyer nak capai..sapa ada capsule cam cerita Alien tuh pinjam pls.

Eh J.D u got admin rights dah

Friday, January 22, 2010

Mah Turn

Ok JD am taking over for today mmkay; tadi baru abih tgk Legion the second movie I saw at the cinema this year; Ju-on being the 1st. Agak excited aku nak tgk yg nih, entah pesal..dari awal tahun gak ah duk bebel pesal cerita nih every time nampak posternyer..so akhirnyer berjaya kemudian aku mamai skit di office skrg.



I'll make this short cause aku tgh amik time keje nih..so what I like? Kalau sesapa usha trailer nyer pasti akan ingat 1. the ice cream man, 2. spidergranny. Aku sesungguhnyer menantikan adengan Spidergranny, when she walked out of the car Ed dah mula nudge aku..HAH! agaknyer I'm not the only one waiting for her scene..and her scene was cool! (crawling fx aside)..makcik tuh comel, before and AFTER she went into demon-mode, cute..LOL. Premise cerita nih pon agak ok..types of movie I love gak, trap in a secluded place, whats not to like? Brings back memories of Demon Knight and Prince of Darkness, eh actually it's a lot like Demon Knight..kalau ditanya mungkin aku akan describe this movie as Supernatural (tv series) VS Demon Knight. Aksi2 nyer agak ok...well pace lah gak..but kekadang lacking (byk gak blah3 nyer)..dan aku rasa ada satu adengan dipotong kat pawagam..BOOOOOOO FINAS! OH lagi satu cool angels2 nyer...not bad not bad at all, agak sebijik cam angels2 dlm Supernatural..dari segi perwatakan yg agak stoic-nyer, sifat terlampau care bebenor kat humans-nyer dan juga some of their powers. hmm apa lagi..oh they don't hold back on the kills too..ada beberapa yg mati agak woaaahhhh!..even ada satu budak kecil nyer jari kena chop off, eh spoiler.

Now the bad. It's not exactly like Demon Knight!..Demon Knight lagi thrill lawak lak tuh (though ada lah beberapa babak yg lucu)..pastuh ada satu part nih seriously aku ingatkan akan ada adengan possession ala D.K but alas it feel short.Cast pula was good enuff cuma they weren't really utilize to the max..tralalal sorang mati...lalala lagi lain mati..mungkin juga ada beberapa character mati agak sng menyebabkan aku off skit. If It was up to me mmg aku guna abih2 go gun happy ramai2. And then there's the ending...WTF, dengan ending nih terus aku x dapat fhm apa sebenarnyer prophecy yg duk diperkatan awal2 film. Entah lah ending dia aku gila off. Tapi apa2..oklah kot cerita nih..Hot Enuff...jika dah malas benor tgk Avatar usha lah nih lak.Xyah lah gi sampai 4 kali kan. (hint-hint)

Tuesday, January 19, 2010

Saya Amat Slow

Hai semua, JD atau hmm, Vanilla Bear di sini.

Baru nak cakap, baru2 ini saya tonton Quarantine. Ya, baru menonton filem seram penuh goncang ini di saluran Max selepas ia mula ditayangkan pada 2008. Mesti Brown Bear nak kutuk saya sebab ni. Don't care.
Ok mmg Brownie nak kutuk...lembap lah u Vanilla, dah review dah a couple of years back..tapi xpa kita dengar pandangan ko mmkay..eh isteri hang leh lak tgk cerita2 camnih?



Apapun, memang cerita menarik. Lebih kurang seperti Cloverfield yang saya minat, di mana kita dapat lihat jelas setiap perwatakan manusia di hadapan kamera secara dekat. Memang amat dekat, sampai ke lantai! Kerja kamera dalam filem ini berjaya mendatangkan debaran pada setiap aksi dan keseraman yang cuba ditonjolkan. Yang saya paling ingat, ketika watak nenek tua baju putih mula-mula ditonjolkan, kamera cuba diletakkan pada sudut tinggi tapi tidak cukup tinggi memaksa sang jurukamera yang lenguh tangan, mencuba lagi. Memang saya dapat merasa kepenatannya menangkap imej-imej bergerak di malam itu.

wow

Keriuhan watak-watak yang masih belum digigit cuba mencari jalan keluar yang semestinya sudah ditiadakan langsung di dalam plot ini menggambarkan kecelaruan telah berjaya dicipta oleh siapa yang menghendakinya. Seperti yang kita dapat lihat di akhir filem, semua ini adalah gambar awal 'kemusnahan sejagat' dan ia tidak hanya terhad kepada siapa yang dijangkiti.

Cerita satu malam seperti ini, Cloverfield, Collateral atau Die Hard sememangnya selalu membuatkan saya 'turut serta' di dalam setiap dialog, lompat melompat dan emosi para pelakonnya. Apabila ia menarik saya turut serta, maka kadangkala urat saraf motor saya pun turut bergerak sama.

Die Hard?

Pengakhiran cerita ini memang patut dijangkakan. Lagipun cerita ini adalah versi buat semula [REC] yang ada sesetengah kata lebih baik dari versi inggeris ini.

Yang penting, apabila anda mengikut seorang ahli bomba seperti Jake yang selalu muncul dalam filem-filem seram seperti hostel ataupun Crazy/Beautiful(tidak seram tapi Kirsten Dunst aksinya hampir buat saya tidak tidur malam), jangan matikan kamera anda. Walaupun anda sudah mati.

Jgn u kutuk Kristen Dunst, she's sexy, she's cool, she's popular to boot! Anyway bagus nih...penggunaan bahasa yg wow aku xnah guna...

Monday, January 18, 2010

Golden Globe

Hai semua! Saya Cyber. Atapun J.D. Reza ajak saya menulis di sini memandangkan dia terlalu seksi untuk berlari. Boleh pula suruh saya mula dengan memberi komen pada Anugerah Golden Globe 2010 yg baru lepas tadi.

Hmm, hmm, nak cakap apa eh?

Jap! Avatar menang.

Yang boleh saya, erm, yang boleh aku cakap pasal Avatar ni, hmm, ok, memang secara keseluruhan gambarnya cantiklah. Watak-watak 'Smurf' yang telah didewasakan memang nampak lazat walaupun sekali sekala terasa macam tengok cerita kartunlah.

Tapi ceritanya agak, hmm, nak cakap macam mana ah? Hmm, Biasa.
Brown Bear add in sini : actually in all seriousness apa salah being typical? sooner or later ur bound to copy some stuff from others..dunno lah nih aku jer rasa..if originality tuh ada...more power to ya..but atas kemenangan Avatar..mix feeling actually kerana 1 cerita tuh good but not great...and then we have this ass in FB non stop praising Avatar like he's the only dude watching it...9 times!

Tapi Reza suka. Dia kata Zoe Saldana patut selalu jadi biru(slut). Atau selalu berpakaian macam Neytiri. Lagi-lagi kalau berhula-hula.

Sexay, aku tak berapa pasti keseluruhan jalan cerita siaran langsung tadi. Sila tambah dan menari ya?

Brown Bear add sini juga : Ber..kena wat signature lah kot kan...ok u'll be J.D, i'll take Brown Bear...im ok with it now..word. Apa2 aku paling excited Micheal C Hall..dan Trinity Killer menang for Dexter! WOOOOOOOOOOOO!...btw Michael C Hall kena cancer..but stage 1 baru..hence why dia pakai snow cap tadi...akward moment for me family gak tadi.

Wednesday, January 13, 2010

For the sake of updating

I love the current covers of X-force; Necrosha X



Wolverine is still a whore