Wednesday, January 27, 2010

2009: 10 Pilihan Aku (Vanilla Bear)

Browny! Mana kau? Terima kasih sebab benarkan aku mengacau apa yang kau tulis juga.

Lepas tu, sila tambah tulisan dalam blog ini dengan 10 pilihan kau. Lepas tu, mari berpegangan tangan.
cam sial pegang tangan

10. Ice Age 3



Aku sukakan animasi yang membuatkan aku ketawa. Jadi ini boleh masuk senarai.

9. Monsters VS Aliens



Sebenarnya Reese Witherspoon mempunyai suara yang amat unik dan comel, sesuai dengan wajahnya. Tapi tanpa wajah pun aku sudah dapat meneliti setiap gerak-geri kecomelan beliau di dalam watak gergasi yang besar dikelilingi makhluk-makhluk yang pelik.

Ada persamaam dengan sesiapa tak? Comel dikelilingin manusia pelik. Brown Bear? Ada?
Yg makhluk biru tuh ada hint of dela dan izar combine..

8. Avatar



Aku tak boleh kata aku tidak suka yang ini. Memang lukisan dunia ciptaan James Cameron ini amat indah. Tapi aku macam pernah tengoklah sebelum ini. Memang ceritanya punyai kekuatan, kesinambungan dan pembinaan watak yang baik. Tapi macam aku dah dapat agak apa yang akan berlaku selepas ini dan selepas itu. Watak-watak birunya terus mengingatkan aku kepada siri animasi 'Smurf' walaupun kali ini lebih dewasa dan seksi.
tapi sapa dapat teka rodriguez bites it..demn!actually dapat but yyyyyyy

Apapun, abang Cameron kita sudah bertambah kaya. Beliau bakal ada dua filem yang mencecah kutipan 1 billion. Tetapi, memang peranan harga tiket pawagam Imax tidak patut dipertikaikan.

7. Terminator Salvation



Christian Bale tidak sepatutnya berlakon di dalam ini. Aku teringat Batman setiap kali dia cuba melompat. Walaupun banyak adegan yang tidak perlu dan boleh dipertikaikan seperti Mototerminator tetapi semuanya aku boleh tolak memandangkan aku terhibur dengan aksi peperangannya setiap kali selain lakonan abang Sam yang amat comel.
betul mototerminator entah apa2...jurina terbeliak mata bila kuar menatang tuh

6. Watchmen



Amat panjang. Amat mendalam. Tidak sesuai untuk orang yang sedikit malas berseronok dengan skrip yang penuh propaganda. Apapun, masa yang filem ini makan menyebabkan aku punya perasaan yang berbeza-beza dengan pengakhiran yang dibawanya. Menyebabkan aku hilang rasa untuk bersimpati dengan watak-watak yang teraniaya tetapi kagum dengan kesungguhan cerita ini dan Zack Snyder untuk setia kepada karya asal novel grafiknya.
aku rasa u and me both jer kot suka cerita nih betul2..its different from the average comic u read and love...seriously different

5. Drag Me to Hell



Sangat menyeronokkan! Sam Raimi amat pandai menyusun cerita. Pandai menampilkan kejutan. Pandai mengambil hati saya! Pandai menggali tanah. Pandai membuatkan saya menyukai adegan muntah-muntah. Pandai bermain dengan gigi palsu! Pandai merosakkan rel keretapi. Brown Bear comel.
ngok

4. I Love You, Man



Bagi aku, ini satu karya yang amat jujur. Mengingatkan aku kepada Brown Bear. Jujur yang amat kerana sebenarnya, bukan mudah ingin jumpa kawan yang amat memahami diri kita dan nasib kita. Cerita ini adalah pengajaran yang baik dan sangat komedi. Aku masih rindukan Brown Bear tika menaip ini.
YEAHHHHHH! a fav of mine gak last year...aku leh relate ngan cerita nih..
3. District 9



Aku hanya tengok trailer filem ini sekali dan terus berjanji untuk menontonnya di pawagam. Mengapa? Apakah daya tarikannya? Entah.

Aku tak pasti mengapa tapi aku suka idea makhluk asing yang mengalami kesukaran dan kepayahan hidup bila terhempas di suatu planet atau kawasan yang asing. Aku teringin melihat dan menatap bagaimana manusia atau pengarah filem tersebut cuba membawa wajah derita dan kesengsaraan yang para makhluk asing itu hadapi.

Terima kasih Neil Blomkamp untuk sesuatu yang tidak dibuat-buat, tidak ditambah-tambah. Susunan cerita yang baik. Lakonan yang, boleh aku katakan terlalu asyik. Efek khas yang segar. Filem ini sebenarnya amat menyeronokkan dan tidak mungkin meninggalkan akal kita kosong selepas kita menontonnya.

2. Star Trek



Menyeronokkan!

Aku bukan penggemar filem atau mana-mana siri Star Trek yang terdahulu, tapi bila menonton yang ini, WOW, cantik! Ah, memang sukar digambarkan bila gambar-gambar bergerak seperti ini diberi nafas dan tangkapan sudut yang mengujakan. Ada debaran dalam setiap babak. Ada aksi dan kekalutan dalam setiap rangkap kata yang diucapkan.

Aku tahu Brown Bear suka yang ini. Walaupun dia kecewa Saldana tidak biru.
hmmm saldana...but she's no Thandie..Thandie nyer body tetap hottest

1. UP



Kelakar. Comel. Dan penuh drama.

Dan animasi.

Brown Bear! Giliran kamu!
weekend..kat office keje siang takleh tulis2 karang HR marah dan spank me.

7 Comments:

thanezra said...

terbaik vanilla! esok2 aku list gak...selalu aku wat 20 but xpalah...lagi mencabar if wat 10...tapi majority lebih kurang jer aku tgk...bahhhhh

Siberkop said...

Mcm mana majoriti lebih kurang sama?

Sila lebihkan filem2 seram!

Sila suruh Izar tulis komen!

reza said...

izar segan semenjak aku call out yg dia masuk sini 9 kali per day after diberitahu ur one of the writers

Che underscore Lee said...

babi aku jugak yg kena kannn...

eh.... hi Siber :P *wink2

dlm byk2 ni aku baru tgk Ice Age 3, Avatar ngan I Love You Man jer bleh? demm... busy nye aku weihhh!! i blame work!

Ed said...

wow, siber nyer top 10 tu majority animation or cgi...

reza said...

dia mmg suka benda2 flashy ni

Siberkop said...

Izar: Hai Izar! Brown Bear kirim salam.

Ed: I bukan suka mende2 flashy la but Reza selalu suruh I taste mende lain daripada yg dia taste. Sbb sapa2 yg sama taste dgn dia, dia kata tasteless. =P