Wednesday, March 07, 2012

Ulasan dari Rumah: Hantu dalam Botol Kicap



Ini adalah ulasan pendek setelah sudah lama tidak bercakap tentang filem secara terbuka.

Saya jarang menonton filem melayu di pawagam. Selalunya tunggu tayangan masa Hari Raya atau pinjam atau beli sahaja DVD.

Filem berposter di atas baru saya tengok semalam.

Saya tak banyak masalah dengan filem-filem melayu yang tampak bodoh sebenarnya sebab kadangkala saya rasa memang pembikin filem kita ramai masih berada pada tahap tu.

Tapi Hantu Dalam Botol Tamin ni memang buat saya rasa nak letupkan pemain DVD.

Dengan plot permulaan entah apa-apa. Atau, eh, cerita ni ada plot? Tiada sebenarnya.

Ibu bapa nak pergi Paris hantar anak-anak ke rumah nenek yang dalam bertahun tak dijenguk.

Yang peliknya, sanggup hantar ke ceruk tu sedangkan boleh sahaja lepak di KL lagi senang. Saya tak peduli.

Apapun, para pelakon dalam cerita ni memang tak membantu. Perempuan yang selalu kena rasuk tu pun entah apa-apa. Saya rasa pengarah hanya nak ambil kesempatan atas dia. Angkat kain sana, Tonjol dada, mandi bunga, tukar baju. Alamak hai.

Hantu-hantu memang nampak lawak dan murahan. Saya rasa filem macam ni entah, 10 hari sahaja agaknya produksinya.

Apapun, 1/10.


3 Comments:

mohamad said...

Hahahahaha. Sory to say, stupid movie. Tolong belajar dr mamat khalid if nK buat movie. Please!!!!!

reza said...

en. cyber ..memula aku terkejut gila ada orang comment dlm topic Hantu Dalam Botol Kicap...ahaha aku lupa seh aku add kor as co-writer...
tapi bagus2...keep this blog alive..

dan as for the movie...aku sebenarnyer teringin nak tgk...only cause hantu tu cam Jaja...ahahahaha

Henzy said...

Aku rasa hantu rupa jaja tu takde masalah. mmg motif dia jadi hantu gitu. Tapi kau nak tgk okay gak. Boleh sama mengutuk.