Saya tak pasti kalau ramai dah bosan dengan ulasan mengenai filem ini. Sudah sebulan ditayangkan di Malaysia dan saya pasti hampir semua peminat filem sudah menontonnya. Tetapi setelah menonton, saya tak rasa rugi walaupun sedikit terlewat.
Filem ini, jika anda tak berapa pasti, adalah amat mudah utk dibaca. Nick Fury memerlukan semua superhero dari dunia Marvel yang pernah muncul dalam filem-filem sebelum ini untuk bergabung. Kecuali Spiderman yang hakcipta filem dipegang oleh Sony, Paramount/Disney berjaya memanggil Iron Man, Hulk, Thor dan Captain America.
Malang sekali, cara abang-abang adiwira ini dipanggil tidak bersambung dari filem-filem sebelum ini yang mana, Nick Fury atau yang lain akan muncul dalam setiap kredit penamat mengajak insan-insan tertentu untuk bergabung dalam inisiatif Avengers. Tak mengapalah.
Berbalik kepada cerita. Mudah. Loki mencuri Tesseract, ingin buka portal angkasa yang lebih besar untuk kemasukan askar-askar Chitauri. Nick Fury gelabah lalu minta Black Widow bawa balik Bruce Banner. Captain America dijemput secara peribadi oleh Nick dan Tony Stark dijemput oleh Ejen Coulson.
Mereka bergabung. Sesekali bergaduh sebab belum serasi lagi. IronMan bergaduh dengan Thor yang tiba-tiba datang nak bawa balik Loki. Selepas mereka (Avengers dan Nick Fury) berbalah sesama sendiri di dalam Helicarrier, Hawkeye yang masih dalam rasukan Loki menyerang mereka. Bruce Banner menjadi marah lalu menjadi Hulk dan menyerang Black Widow. Helicarrier masih terapung-apung sambil dibaiki Tony dan Captain.
Pintu portal untuk Chitauri mula terbuka. Semua pergi ke kawasan berdekatan bangunan Stark. Mula berlawan. Hulk membelasah Loki dengan mudahnya. Chitauri terbang sana ke sini tapi nampak sangat lemah sangat bangsa asing ini mudah dihentak oleh Black Widow. Jet pejuang datang untuk musnahkan seluruh bandar New york (bagi saya, tindakan ini amat bodoh). IronMan mengendalakan rancangan tersebut dan menghantar peluru berpandu ke angkasa. Pintu portal tertutup. Thor bawa balik Loki. Saya balik tidur.
Filem ini, di bahagian akhir, saya mula rasakan seperti menonton semula filem Transformers. Kerana kesinambungan aksinya seperti filem Michael Bay tersebut. Tiada adegan 'perang' seperti yang konon diwar-warkan Nick Fury. Hanya sekumpulan Chitauri yang tiada arah tuju yang jelas, walau dari Loki sekalipun, terbang sekumpulan dan tembak membabi-buta.
Lakonan dalam filem ini hanya dijuarai oleh Tony Stark dan Bruce Banner. Pelik sedikit kerana saya amat sukakan Edward Norton dalam filem Hulk yang sebelum ini tapi Mark Ruffalo dapat membawanya dengan baik. Malah saya amat suka setiap adegan yang melibatkan beliau dan Hulk.
Lakonlayar boleh tahan. Dialog di antara para pemain, walaupun tidak banyak barisan-barisan yang menarik tapi bila dibawa dengan sedikit nada komedi dan hanya ketika itu ia kelihatan hidup.
Rekod di IMDB menunjukkan filem ini mendapat 8.7/10 ketika ini. Tapi bagi saya ia 7/10. Untuk aksi dan IronMan dan Hulk.
2 Comments:
are u insane! 7??!??
Bite me.
Entahlah, nothing special. Part before the so called war tu memboringkan saya.
Post a Comment