Friday, October 19, 2012

Ulasan dari Panggung: Looper



Maaf saudara Reza kerana sudah lama tak menyumbang dalam halaman ini.

Saya akan cuba berubah dan mandi lebih kerap selepas ini. Tapi utk menaip panjang-panjang macam selalu mungkin tidak. Nukilan-nukilan saya akan lebih ringkas selepas ini kerana saya bukanlah bijak sangat nak mengulas. Selalu ikut emosi sahaja.

Apapun, filem terakhir yang saya sempat tonton di pawagam adalah Looper. Pautan IMDB di sini http://www.imdb.com/title/tt1276104/

Kisah mengenai seorang pembunuh upahan yg mangsa-mangsanya adalah si malang dari masa hadapan.

Para mangsa dihantar melalui Mesin Masa yang selepas sahaja mula diwartakan terus diharamkan oleh pihak berkuasa. Tapi seperti biasa, yg haram itulah yang seronok utk dipergunakan.

Selama ini kerja Joe hanyalah menembak orang. Upahnya dlm bentuk kepingan-kepingan perak. Malam sampai siang hanya untuk berjoli dan hisap dadah. Kadangkala berborak bersama pembunuh-pembunuh yang lain yang muka mereka semuanya taklah jahat langsung. Kerja membunuh sebagai Looper ini nampaknya dah jadi sesuatu yg 'cool'.

Nak dijadikan cerita, Joe dari masa hadapan telah menghadapi hukuman bunuh tetapi sempat terlepas dari genggaman para samseng lantas ambil peluang untuk pandu Mesin Masa sendirian. Di sinilah dia berdepan dengan Joe Muda. Joe Muda, lakonan bertopeng prostetik JGL (gambar), saya suka dia. Lebih 'cool' dari yg lain.

Apapun, babak aksi yang kita harapkan byk berada di hujung filem. Di tengah-tengah kita dikenalkan dengan satu keluarga ibu dan anak lakonan Emily Blunt dan Pierce Gagnon.

Ketika JGL atau Joe bersama mereka, barulah filem memasuki fasa mempersoalkan tentang prinsip hidup kita. Joe yg muda tak tergamak utk membunuh seorang anak kecil. Joe tua, terlalu emosi, inginkan kembali isterinya yg dibunuh sanggup menembak anak-anak kecil yg dianggapnya akan jadi Rainmaker pada masa hadapan.

Menarik kerana kedua-dua personaliti berbeza watak Joe ini tidak bercanggah dgn diri Joe yg sebenar. Maksudnya Joe yg muda belum lagi melalui kematangan dan merasai cinta utk sanggup membunuh anak-anak. Manakala Joe tua terlalu yakin beliau akan bertemu kembali dgn isterinya sedangkan ia kemungkinan yg sangat sukar utk dikecapi kembali.

Saya paling suka Emily Blunt dlm filem ini. Sedikit berbeza dari ketika dia berlakon Adjustment Bureau tetapi perwatakannya sebagai gadis yg meminggirkan kemajuan dan batu-batu konkrit hanya utk pastikan beliau dan anak hidup dlm ketenangan (anaknya mmg perlu tempat yg tenang-tenang sahaja) amatlah berkesan.

Filem yang baik. Permainan masa dari satu babak ke babak yg lain boleh diperbaiki. Rekabentuk set kelihatan sedikit murah. Lakonan boleh tahan. Saya beri 7/10.

2 Comments:

thanezra said...

agak suka review ni...
Looper was different kan...bit slow..tapi definitely a breath of freash air to the time traveling movies yg ada..
dan aku setuju bab tembak budak..aku pon cam woah bila ia terjadi...dan emily blunt ...memula aku tak perasan tu dia leh? lain sangat..but berjaya wataknyer..

kor lupa one thing though...the gadgets were AWESOME!

Henzy said...

AWESOME kalau FREE.