Ini bakal jadi ulasan yang amat pendek.
Pertama sekali, 29 Februari merupakan sebuah filem yang sedikit caca marba. Dimulakan dengan adegan tepi tasik ketika ibu bapa Budi sedang bercerita tentang kelip-kelip dan anak yang mereka bakal lahirkan. Kemudian potong ke jam tangan terjatuh dan Jepun serang Malaysia.
Sampai ke akhir apa maksud sebenar terjatuhnya jam tersebut? Adakah bermaksud, masa terhenti (dengan unjuran umur budi) atau sekadar ingin mengatakan masa itu tetap wujud untuk semua orang kembali kepada permulaanya? Tak pasti.
Yang saya pasti kedataran filem ini tidak dapat diselamatkan oleh watak-watak Razak, Lily malah lakonan Remy sebagai Budi tidak banyak membantu. Seperti beberapa pengulas katakan, bagaimana pula hampir di akhiran baru Budi rasa 'gelabah' dengan kebolehan beliau mengekalkan kemudaan. Atau memang jam yang terjatuh tadi puncanya? Entah.
Plot-plot Budi mencari Lily yang lari dari rumah bagaikan tidak ikhlas. Hanya Budi berjalan ke sana ke mari di Pulau Pinang tanpa arah tuju dan petunjuk yang dia benar-benar sedang mencari. Sebegitu lama dia mengembara siap boleh buka kedai bunga, tapi takkanlah tidak sekalipun dia hampir menemui Lily (kecuali mula-mula di pelabuhan). Adakah ini yang mereka katakan jodoh?
Malah Budi bila terserempak kembali dengan Razak pun, dia tiada usaha untuk mengembalikan semangat setiakawan yang kononnya dia rindukan. Filem ini merudum jiwanya di saat-saat akhir. Saya sedikit kecewa kerana selalu rasa Amir Hafizi boleh tampilkan sesuatu tapi hasil tulisannya selalu jadi papan lapis.
Anda mahu tahu satu hal yang pelik tentang filem Hantu Kapchai (atau Kapcai?)? Neelofa sangat comel dan ada tarikan! Pelik? Saya jarang rasa begitu kecuali dalam filem ini.
Hal-hal lain, ini filem yang menyeronokkan. Dunia mereka kecil. Berasal dari kampung tapi mula berlumba di kawasan bandar, cantik jalannya, mungkin Cyberjaya. Tapi bila di akhir filem, boleh pula berlumba gaya MotorCross dalam kampung. Pelbagai watak komikal diperkenalkan dan tidak perlu dipedulikan. Ini bukan cerita Speed racer di mana semua pelumba cuba diberikan sedikit latar belakang.
Ini hanya antara watak Tiger dan Akim. Yang lain tidak penting. Watak Ibrahim lucu tapi ada ketika, seperti wujud untuk mendatangkan rasa kacau. Malah, filem ini juga begitu dengan penonjolan adegan atas langit dan kemunculan roh Ajib, filem ini walaupun kita sedar untuk berlibur, sedikit menunjukkan kesempitan penulis dan pengarahnya.
Apapun, ia lebih baik dari 29 Februari (bagi saya) kerana suntingan yang kemas, cerita yang ada asbab dan akibat dan pengakhiran yang memuaskan.
Oh, lepas ini nak cerita pasal Ryan Gosling pula.
2 Comments:
aku tgk hantu kapcai weih!!! percaya tak...meracau2 aku xmo masuk..BUT ia not as bad as I expected it to be..kor betul technically cerita ni hot...dan lawak nyer bagi aku not bad..aku suka ustaz tu..entah sapa la dia..
fun fact : but aku rasa kor tentu sedar...Ghaz tu lecturer kita dulu KOT! ahha
Aku sedar cuma aku tak mahu 'to be associate' dgn dia. Huhu.
Wuih boring.
Post a Comment