Wah, kawan saya Thanezra nampaknya dah lama tak menaip.
Mungkin sibuk dengan larian beliau agaknya. Apapun, itu hobi yang bagus. Kalau jatuh, bangun sendiri.
Saya hanya mahu kongsikan ulasan pendek dua filem yang ditonton baru-baru ini. Memang dah lama tak menonton wayang, jadi bila ada 'kejutan' baru sempat beli tiket.
Man of Steel
Badan Henry Cavill memang mantap. Lakonan boleh tahan. Aksi-aksi wayang ini saya terima dengan hati terbuka walaupun kadangkala terlalu laju untuk fokus pada satu-satu babak. Mana Zack Snyder punya kebolehan untuk kerja kamera perlahan (slow-motion)? Seperti dalam 300. Mungkin kalau dia guna sedikit dalam filem ini saya rasa lebih berkesan.
Saya cuba (sebab nampak nama David S.Goyer pada lakonlayar) untuk tak bandingkan ini dengan Batman Begins, walaupun taklah sama tapi serupa itu ada. Jeneral Zod dan kawan-kawannya macam abang Liam dan League of Shadows. Mereka datang bumi dan cuba ambil alih (bermula di Metropolis) macam apa yang cuba dibuat oleh abang Liam atau Ra's A Ghul kepada Gotham. Ternyata Superman dan abang Bruce Wayne duduk dalam 'dunia' yang sama tapi kalau boleh untuk permulaan cari la jalan cerita yang lain sikit. Clark, seperti Bruce berkelana untuk mencari siapa dirinya sendiri. Walaupun Bruce lebih kepada melarikan diri.
Apapun, saya suka dan mula terbiasa dengan teknik penceritaan yang diselang-selikan dengan imbas kembali (ya, macam Begins juga). Dan Man of Steel, ceritanya tak mengecewakan. Permulaan yang baik untuk bertapak dalam zaman perlawanan filem antara komik.
Siapa yang comel? Mak Clark Kent.
Furious 6
Memandangkan saya bukan pengulas tegar, tak seperti abang Fadli TontonFilem atau Ajami Hashim, saya cuma nak kata yang filem ini sedikit lemah dari filem sebelumnya, Fast 5.
Dah?
Baiklah sedikit ulasan. Perjalanan filem yang ini sedikit memenatkan kerana sepertinya dibuat terlalu pantas dari babak ke babak (kecuali babak akhir di lapangan terbang yang nampak gayanya lebih panjang dari landasan itu sendiri).
Babak awal kawan-kawan Dominic kejar pasukan Shaw dalam kereta, pengakhirannya sedikit mengecewakan saya. Mula saya ingat Letty tembak Dominic tapi kena bahu sahaja sebab dia kenal Dom (tapi menyamar sebagai kawan Shaw). Tapi rupanya Letty tak pernah ingat Dom, jadi kena tak tembak sepenuh hati. Sudahlah berdepan pula. Mungkin Letty tak sanggup sangat bunuh orang (seperti yang ditunjukkan sepanjang filem) walaupun pasukan Shaw memang tiada hati perut. Rampas kereta kebal kemudian lenyek orang dan kereta ikut suka. Geram aku.
Lakon-layar boleh tahan. Lebih-lebih lagi perhubungan antara Han dan kekasihnya Gisele dan juga lawak jenaka yang Roman sampaikan. Semua kena pada tempatnya. Tak minat sangat kepada drama keluarga Brian dan Dom tapi kecewa Dom tinggalkan Elena begitu sahaja. Saya tengok Letty macam tak kisah berkongsi. Roarrr!
Kalau ada peluang (KALAU ADA) saya nak tonton Pacific Rim sahaja lepas ini. yang lain saya tunggu DVD sahaja.
6 Comments:
bang I totally forgot blog ni wujud, sorry la, lepas raya I restart ya..
dan tgk supes tak ajak pon aku! apa ni!..
as for Furious 6...erm awesomely bad? boleh?
i like the idea of Dom with Elena and Letty. Just my 2cents.
abislah Elena kena dominate..eh?
Ed komen entry saya. Sgt honoured (terus tgk rerun Ramadhan terakhir).
kenapa kena tgk Ramadhan Terakhir?
henzy ni mmg gatal..but aku rasa...dia ingat kor Ed Vader..movie blogger..aku pon ingat kor that Ed memula
Post a Comment