Friday, October 25, 2013
Ulasan Dari Rumah: World War Z
Memandangkan saya sudah amat jarang menonton layar perak. Hanya sedikit masa di rumah sahaja dapat diluangkan untuk menonton, itupun selepas selesai urusan keluarga.
Banyak juga filem sudah ditonton sejak beberapa minggu yang lepas tapi kurang masa untuk menaip ulasan di blog ini. Terima kasih abang Reza kerana masih beri peluang kepada saya untuk menumpang. Love you long time.
World War Z adalah gegambar bergerak dibintangi Brad Pitt atas arahan Marc Foster yang sebelum ini mengarah Quantom of Solace, sebuah aksi James Bond. Filem-filem arahan beliau yang lain saya tak pernah tengok atau mungkin sudah lupa isi kandungannya (contoh: Stranger than Fiction).
Filem ini yang disadur dari buku yang bertajuk sama tulisan Max Brooks, dikatakan tidaklah mengikut bulat-bulat ceritanya. Cuma mengambil semangat dan serpihan-serpihan yang boleh dijadikan episod permulaan (bakal ada sambungan bukan?).
Mudahnya, filem ini dipenuhi dengan aksi-aksi pantas. Mayat-mayat hidup yang pantas dan menakutkan, gerak kerja kamera yang baik (walaupun kebanyakkan aksi adalah gabungan imej perkomputeran), dan lakonan Brad Pitt yang matang (sebab dia memang dah tua tapi tetap cool).
Watak Brad sebagai Gerry Lane, bekas penyiasat untuk PBB perlu mencari asal-usul atau akar-umbi dari mana wabak Z ini datang. Beliau bergerak dari atas kapal ke Korea, kemudian ke Israel dan seterusnya singgah di Wales di mana tempat permulaan manusia untuk benar-benar melawan wabak tersebut.
Saya bayangkan filem ini seperti Batman Begins, apabila watak utama perlu keluar dari kepompong keselesaan meninggalkan yang disayangi untuk mencari pemulih kepada keadaan yang sedang berlaku di tempat asalnya. Oh, mungkin saya silap. Tempat yang Gerry pergi pun hadapi masalah yang sama.
123 minit yang saya tempuh untuk cerita ini terasa singkat. Tahniah untuk tuan pengarah sebab memuatkan semua yang sesuai dan tidak menjadikan setiap babak meleret dan bosan. Bagi saya hanya babak terakhir sahaja sedikit meleret itupun sebab Gerry Lane bermonolog sendiri.
Saya akan tunggu sambungan filem ini walaupun mungkin kena tunggu DVDnya juga.
3.5/5
Posted by Siberkop at 11:33 AM
Labels: 2013, brad pitt, marc foster, world war z, zombie
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 Comments:
movie ni yg aku paling ingat time tgk, adalah scene org Arab + Israeli bergabung then menyanyi kerana terselamat..tetiba kena serang
terus a friend of mine kata "ini bukti dua kaum tu xleh gabung" ...awesome take!
Muahahaha, masa mereka mula nyanyi tu pun aku terus, alermak director memang sajer2 adakan scene ni so zombie leh panjat tembok ker?
Post a Comment