Tuesday, January 19, 2010

Saya Amat Slow

Hai semua, JD atau hmm, Vanilla Bear di sini.

Baru nak cakap, baru2 ini saya tonton Quarantine. Ya, baru menonton filem seram penuh goncang ini di saluran Max selepas ia mula ditayangkan pada 2008. Mesti Brown Bear nak kutuk saya sebab ni. Don't care.
Ok mmg Brownie nak kutuk...lembap lah u Vanilla, dah review dah a couple of years back..tapi xpa kita dengar pandangan ko mmkay..eh isteri hang leh lak tgk cerita2 camnih?



Apapun, memang cerita menarik. Lebih kurang seperti Cloverfield yang saya minat, di mana kita dapat lihat jelas setiap perwatakan manusia di hadapan kamera secara dekat. Memang amat dekat, sampai ke lantai! Kerja kamera dalam filem ini berjaya mendatangkan debaran pada setiap aksi dan keseraman yang cuba ditonjolkan. Yang saya paling ingat, ketika watak nenek tua baju putih mula-mula ditonjolkan, kamera cuba diletakkan pada sudut tinggi tapi tidak cukup tinggi memaksa sang jurukamera yang lenguh tangan, mencuba lagi. Memang saya dapat merasa kepenatannya menangkap imej-imej bergerak di malam itu.

wow

Keriuhan watak-watak yang masih belum digigit cuba mencari jalan keluar yang semestinya sudah ditiadakan langsung di dalam plot ini menggambarkan kecelaruan telah berjaya dicipta oleh siapa yang menghendakinya. Seperti yang kita dapat lihat di akhir filem, semua ini adalah gambar awal 'kemusnahan sejagat' dan ia tidak hanya terhad kepada siapa yang dijangkiti.

Cerita satu malam seperti ini, Cloverfield, Collateral atau Die Hard sememangnya selalu membuatkan saya 'turut serta' di dalam setiap dialog, lompat melompat dan emosi para pelakonnya. Apabila ia menarik saya turut serta, maka kadangkala urat saraf motor saya pun turut bergerak sama.

Die Hard?

Pengakhiran cerita ini memang patut dijangkakan. Lagipun cerita ini adalah versi buat semula [REC] yang ada sesetengah kata lebih baik dari versi inggeris ini.

Yang penting, apabila anda mengikut seorang ahli bomba seperti Jake yang selalu muncul dalam filem-filem seram seperti hostel ataupun Crazy/Beautiful(tidak seram tapi Kirsten Dunst aksinya hampir buat saya tidak tidur malam), jangan matikan kamera anda. Walaupun anda sudah mati.

Jgn u kutuk Kristen Dunst, she's sexy, she's cool, she's popular to boot! Anyway bagus nih...penggunaan bahasa yg wow aku xnah guna...

8 Comments:

. i . n . a . z . said...

whoaaaa.... cyber dah jadik sekutu reza ke? semalam intro cyber atau JD. harini JD atau vanilla bear plak. banyak betol nama yeh

Siberkop said...

Actually Brown Bear lupa cakap, JD tu = Vanilla Bear. So kenalah cakap today. Hik hik~

ajurina said...

macam wartawan dah

thanezra said...

senang inaz biru tuh dia putih tuh aku...kerana aku suci dan dia blue-ish...dan yeh dia sekutu aku skrg cause dia duk harass aku bila nak update..tlg spank dia tuk aku..thanks xoxo

jurina kekasih lama, ya mmg cam wartawan..wow kan

Siberkop said...

Masa aku tgk citer ni, bini aku tido. Aku suruh.

Che underscore Lee said...

AHAHAHA.. she's sexy, she's cool, she's popular to boot!

aku paling ingat i sizzle, i score.. i swear i'm not a whore!!

reza said...

aku lak paling ingat faredah tiba2 nak buat mmunyer cheerleading squad...weeeiiiirrrdddddd

Che underscore Lee said...

AHAHAHAHAHA... siap ade pompom yer